aidieamin's picture

Meeting REUNION 2009

Assalamualaikum w.b.t

Seperti tahun yang sudah2...tahun 2009 dah masuk suku kedua... So nak ajak semua bincang2 lokasi Reunion kita pada tahun ni. Masih sempat lagi kot. Tapi jadual pasti padat... bulan yang paling sesuai dirasakan adalah july. August dah nak pose...

Jadi harap dapat sambutan dari semua 'rerakan' semua... <---ayat abe.G.

kamal's picture

Kemaskini Smach.net

Sekali lagi, sistem yang digunakan oleh smach.net ditingkatkan ke versi yang terkini. Proses kemaskini masih berterusan jadi kalau ada apa-apa masalah harap bersabar. Tolong laporkan sebarang masalah kat sini.

p/s:-
Tema baru laman ni masih belum diputuskan jadi aku gunakan yang 'default' je dulu.

Unit Trust

Sudah lama aku bercadang untuk menulis berkenaan Unit Trust atau Saham Amanah tetapi disebabkan kekangan masa dan juga komitmen kerja hasrat tu agak lama dipendamkan.

Aku mula kenal unit trust ni dah lama, sejak belajar lagi, tetapi masa tu tidak ada keinginan untuk melabur dan memahami unit trust ni.

Bila dah mula kerja, perkara yang aku beri perhatian adalah untuk menyediakan perlindungan so aku mula survey pasal plan takaful. Hanya pada tahun 2006 aku mula berminat untuk melabur dlm unit trust dan tahun 2007 aku mula jadi perunding unit trust Public Mutual.

So aku akan cerita pasal unit trust ni dari perspektif aku la. Unit trust adalah pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang. Bila terlibat dengan unit trust adalah penting untuk kita membaca prospektus sesuatu dana yang kita mahu melabur.. memang pada permulaan aku agak susah nak faham figure dalam prospektus tu. Sekarang ni pun aku tengah belajar untuk lebih memahami prospektus dengan lebih baik. Aku bertumpu pada dana syariah. So dari prospektus lah kita ketahui samada zakat perniagaan telah dibayar atau tidak. Kebanyakan dana tidak membayar zakat ni. So menjadi tanggungjawab pelabur untuk membayar zakat tersebut.

Me_G_old's picture

FUTSAL BULAN 6

Assalamualaikum!

Untuk makluman penggemar futsal semua, court untuk futsal bulan Jun sudah pun ditempah. Sila lihat butirannya di bawah:

TARIKH: 16 JUN 2007
HARI: SABTU
MASA: 10.00PM-11.00PM
TEMPAT : SPORTS PLANET, AMPANG.
Harga court: RM100.00 SEJAM.

Sesiapa yg berminat bolehlah datang. Yang tak berminat main tapi suka tengok turut dialu-alukan untuk memeriahkan suasana.

*Tugas aku dah selesai, sekarang aku serahkan pada Aizi dgn Pok 8 utk urusan seterusnya!hehe...

marina's picture

Selamat Hari Guru - 16 Mei 2007

Selain daripada mengingati jasa guru-guru kite zaman sekolah rendah apelagi zaman SMACH dolu dolu.... ingin juga tuju kan ucapan hari guru untuk saing-saing kite yg ramai sunggoh bergelar guru nih. ada kenangan? share lah

Me_G_old's picture

Futsal April Report

Alhamdulillah dgn tak disangka-sangka penyertaan untuk futsal bln April di Sports Planet Ampang begitu hangat! Jumlah teramai setakat ni. Ramai yg buat kejutan, ckp x blh dtg dgn berbagai2 sbb tersendiri, alih2 ada yg tiba lebih awal dari aku yg tukang book court. Asalnya book court utk satu jam, tapi sbb yg dtg ramai sgt, Pok 8 gi merayu ngan brader jaga kaunter mintak tambah satu jam lagi. W/apapun terima kasih pada semua yg dtg. Di bawah ni disenaraikan nama2 ahli yg memenuhkan court hari tu.

aidieamin's picture

Report Reunion Balok 2007

Assalamualaikum w.b.t.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua peserta bagi menjayakan program wajib tahunan kita kali ini. Sokongan yang tidak berbelah bagi daripada kalian semua amatlah dihargai. Tanpa usahasama daripada kalian semua tidak mungkin program yang kita rancang dapat berlangsung dengan baik walau terdapat sedikit kesulitan. Namun segala kekurangan sepanjang program tidak terasa ekoran terubat dengan kerinduan yang menebal sesama ahli program. Sekali lagi saya ucapkan ribuan, jutaan, trilion terima kasih.

Me_G_old's picture

Futsal April

Kepada kawan2 semua yg suka main futsal,gelanggang futsal sudah pun ditempah. Sila rujuk butirannya di bawah:
Tarikh: 7 April 2007 (Sabtu)
Masa: 10.00pm-11.00pm
Tempat: Ampang Sports Planet

*sewa court RM100.00 sejam. Silalah datang beramai-ramai!!!

Syndicate content