Menjadi ahli
Sila hantar email kepada admin@smach.net dan nyatakan nama penuh, nickname yang ingin digunakan serta batch (jika berkenaan).

Random image

Azli dan Ayu

Latest image

Blogs

sheta's picture

blog ku?

waaahhh...bila masa lak aku ada blog nih? nak tulis apo pun tatau.yg pasti mlm nih kna tdo awal,esok kijo~

zaitu's picture

Selamat tahun baru

Ise's picture

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin...raya tahun 2009

Assalamualaikum,
Diucapkan Selamat Aidilfitri kepada semua warga smachian.
Minta halal dan maaf semua salah silap.
Semoga ukhuwah sesama kita akan saling terjalin sehingga bila-bila.

Datang la beraya di rumah....
Ikhlas daripada Isham (ISE) dan Juliana (JUE).

kamal's picture

Selamat Hari Raya Aidilfitri - 1430H

Sebelum semua orang balik bercuti, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, harap dimaafkan andai ada silap dan silap sepanjang kita bersama. Di kesempatan ini juga, aku menjemput semua rakan-rakan ke rumah pada 24/09/2009 sempena majlis kenduri kahwin adik aku.

Tahun ni aku beraya kat Johor, raya kedua baru balik Kelantan.

http://www.facebook.com/goo.girl0101

zahid's picture

Ariffstudio Berwajah Baru

Sementara client aku pausekan projek diorang, aku pun redesignlaa website ni. Sebenarnya, tujuan utama nak update projek2 baru je dalam tu.

simple je, tp bg aku sekadar information boleh disampaikan dengan jelas. any comment?

zahid's picture

Blog: Projek terbaru ariffstudio

Lama betul aku tak update blog ni. takde apa, just nak post projek terkini ariffstudio. Alhamdulillah, 2009 ni ariffstudio lebih produktif. Siapa-siapa ada kenalan yang nak buat website, bolehlaa referkan kat aku, komisyen adalah, sangat tinggi :)


http://www.udaimatunnur.com


http://www.nmrcatering.com


.. dalam pembinaan..

kamal's picture

Pindah lagi ?

Secara tak dijangka, ofis aku akan berpindah ke TPM, Bukit Jalil. Walaupun dah dengar ura-ura sejak tahun lepas tapi tiada pemberitahuan secara rasmi akan rancangan berpindah. Tup-tup, dah nak pindah. Aku sedikit bengang. Rumah yang aku sewa sekarang dah kira agak ideal dengan tempat kerja. Tak sampai 5 minit ke LRT, 10 minit dari LRT Kg Baru ke ofis. Aku jenis tak suka memandu ke ofis sejak dulu lagi. Kerja aku kat pejabat dah menuntut fokus yang terlalu tinggi daripada otak aku. Memandu juga perlukan fokus yang tinggi jadi bila memandu ke pejabat otak aku langsung tak ada masa nak rehat, hehe.

Nak tak nak rasanya kena pindah. Tak guna aku duduk kat sini, dah lah sewa rumah mahal. Ofis dah makin jauh. Ada apa-apa cadangan kawasan yang sesuai berhampiran dengan TPM, Bukit Jalil ? Ada orang cakap Puncak Jalil sewa rumah murah. Taman Equine dekat dengan Jusco tapi nampak macam jauh pulak. Rumah sekarang pun dekat dengan Jusco, jalan kaki je. Tapi tu tak penting sangat. Kawasan sini nampak macam banyak pilihan, tak pasti kat mana paling sesuai.