kamal's blog

Apa ertinya merdeka jika hati terluka

kamal's picture

Apabila isteriku menegur kenapa aku tidak begitu ambil kisah dengan sambutan kemerdekaan, sukar untuk aku menjawabnya. Bukannya tidak menghargai kemerdekaan, bukannya tidak cinta kepada negara. Membaca tulisan Dr Asri di akhbar selepas itu, aku terjumpa bahagian yang betul-betul menggambarkan perasaan aku ketika ini:-

Quote:

Namun saya berpendapat bahawa antara faktor utama adalah, banyaknya tindakan mereka yang diberikan amanah dalam negara ini telah benar-benar mengguris hati dan perasaan rakyat. Walaupun kebelakangan ini semacam ada usaha untuk membaiki keadaan, tetapi hati yang luka itu nampaknya amat sukar untuk dipujuk kembali. Tidak semestinya kerana mereka telah jatuh hati kepada kekasih baru, tetapi kebencian dan kemarahan boleh menjadikan manusia benar-benar berubah.

http://drmaza.com/home/?p=399#more-399

Ya, inilah perasaan yang aku alami. Perasaan terluka dan kecewa.

FriendFeed - share your life !

kamal's picture

Aku ada blog kat personal website aku, ada blog kat smach.net, ada blog kat website company, ada post gambar kat flickr, suka guna twitter, ada post update kat beberapa forum dan macam-macam lagi lah. Macam mana aku nak share semua ni ? Macam blog kat smach.net ni, member je boleh masuk jadi macam mana orang yang bukan member kalau dia nak komen kat blog aku ?

Jawapannya adalah FriendFeed ! Boleh lihat FriendFeed aku kat sini:-

http://friendfeed.com/k4ml

Peta ...

kamal's picture

Dalam air ku terpandang wajah ...

kamal's picture


Cermin mata baru

kamal's picture

Aku dapat cermin mata baru. Ada orang bagi, hadiah besday katanya. Last aku tukar cermin mata masa kat Unitar, second year kot. Memang dah berlumut cermin mata lama, huhu. Pening-pening lagi rasanya ni, tak biasa. Apa pun, thanks to ... errr, hehee ;)

Babi oh babi ...

kamal's picture

Semasa cuti PRU yang lepas kat kampung, aku duduk berbual-bual dengan abang dan pakcik aku. Topiknya apa lagi, pasal keputusan PRU lah. Entah macam mana aku pun tak pasti, terkeluar cerita pasal babi. Abang aku meluahkan kehairanannya melihat ramai pekerja-pekerja Indonesia yang bekerja di ladang ataupun kedai-kedai yang menjual babi. Bila diajukan persoalan mengapa, mereka mengatakan tidak salah menyentuh babi sebab yang haramnya cuma dimakan. Aku tersenyum dan berfikir ini peluang yang baik untuk aku terangkan pasal babi ni. Jadi bila aku cakap babi ni bila disentuh tak perlu samak (sebagaimana anjing), mereka sememangnya terkejut. Dan aku sendiri sudah menjangkakan reaksi sedemikian. Aku terangkan serba sedikit apa yang aku tahu dan faham pasal babi ini.

Seterusnya aku tambah isu babi ni lebih kepada isu kebersihan. Abang aku membalas dengan mengatakan, kadang-kadang orang jual babi ni sebenarnya lebih bersih daripada orang yang jual ayam. Aku cuma tersenyum, malas nak sambung lagi. Lagi pun mak aku dah panggil kami semua untuk makan. Cerita banyak-banyak pasal babi ni kang tak lalu makan pulak.

Beberapa hari ni, kecoh lagi pasal babi. Terbaca je komen salah seorang pemimpin Selangor kat Metro, hati aku sedikit berdetak. Wajarkah isu babi ni dilihat atau dikaitkan dengan sensitiviti agama/budaya ? Sekiranya isu babi ni dilihat dari sudut agama/budaya, ianya seakan-akan konflik yang tidak ada jalan tengah ke arah penyelesaian. Masakan tidak, budaya dalam masyarakat Melayu sememangnya melihat babi sebagai sesuatu yang 'taboo' dan menjijikkan. Tambah lagi bila soal larangan agama dikaitkan sekali. Bagi sebahagian masyarakat Cina pula, babi juga merupakan sesuatu rapat dengan budaya mereka. Jadi untuk kedua-dua belah pihak meminggirkan isu babi adalah suatu yang mustahil.

Bagi aku adalah wajar sekiranya isu babi ini dilihat daripada konteks lain yang mungkin lebih bersifat universal. Isu alam sekitar dan kebersihan contohnya lebih mudah untuk diterima oleh semua pihak. Tak kira melayu atau cina sudah pasti ingin hidup dalam satu persekitaran yang bersih. Oleh itu apabila ada beberapa pemimpin yang cetek fikirannya mengaitkan isu babi dengan sensitiviti agama/budaya, ianya adalah amat menyedihkan.

Bacaan berkaitan:-

http://msomelayu.blogspot.com/2008/04/susupan-senja.html - Apa boleh buat sang babi sudah nasibmu

Quote:
Jadi isu babi adalah isu hak asasi manusia yang tidak boleh dinafikan. Cuma apa yang menjadi masalah cara menguruskannya, perlu ada disiplin dan mengikuti piawai dunia. Kalau semua itu boleh diatur babi tidak ada menjadi masalah sebaliknya menjadi bahan komoditi baru kepada negara. Kehadirannya akan menjadi lebih kurang sama dengan wujudnya najis di dalam perut kita!

Hentikan berpolemik soal babi dan langkah Kerajaan Selangor itu patut dilihat positif untuk kesejahteraan umum. Lebih baik semuanya pandang ke depan melihat masa depan bangsa dan negara yang lebih penting dari isu-isu menggeliakan seperti babi itu. Jangan bazirkan masa anda!

Buku: Sakura Mengorak Kelopak

kamal's picture

Tiba-tiba aku teringat kat novel tulisan SN Arena Wati ni yang aku baca masa form 3 kalau tak silap. Buku ni aku jumpa dalam kotak-kotak putih sewaktu aku menyelongkar perpustakaan. Aku tak pasti kenapa buku-buku ni tidak dipamerkan di rak seperti buku-buku lain tapi yang nyatanya banyak buku-buku menarik dalam kotak putih ni. Selain buku ini ada satu lagi tulisan Arena Wati iaitu Kuntum Tulip Biru. Berdasarkan carian di Internet, baru aku tahu novel-novel ini adalah dalam satu siri trilogi dengan buku pertama ialah Bunga Dari Kuburan. Ini menjawab persoalan aku semasa membaca buku ini dahulu bila mana aku dapat mengesan sedikit kesinambungan antara watak dalam Sakura Mengorak Kelopak dan Kuntum Tulip Biru walaupun tidak secara jelas.

Quote:
Sebagai seorang sasterawan dan pengkaji sastera Melayu yang serius, hasil usaha Arena Wati diiktiraf di peringkat antarabangsa. Ketika menjadi felo di Universiti Cornell, beliau diterima dengan penuh hormat oleh para ilmuan Amerika Syarikat yang mempunyai kepakaran dalam kajian Melayu dan Nusantara. Dalam novelnya Bunga Dari Kuburan (1987), yang mengisahkan pengalamannya di Amerika Syarikat, Arena Wati turut menukilkan perwatakan beberapa orang profesor Barat yang dikenalinya ketika itu. Dalam novel ini, jalan pemikiran dan sikap para cendekiawan Barat tersebut, dan pemikiran para pelajar siswazah dari Asia Tenggara yang berada di Universiti Cornell ketika itu, diadun ke dalam satu naratif fiksyen pasca kolonial dan pascamoden yang cukup baik. Dalam novelnya Kuntum Tulip Biru (1987), Arena Wati membawa pembacanya ke dalam kehidupan dan pemikiran beberapa orang intelektual Eropah yang bertugas di universiti Leiden. Menerusi novel ini, naratif pasca kolonialnya cukup mendalam, dengan menyingkap kembali sejarah penjajahan Belanda terhadap Indonesia. Dalam novelnya Sakura Mengorak Kelopak (1987), Arena Wati menyingkap beberapa aspek sistem nilai masyarakat Jepun. Turut dinaratifkannya ialah perubahan yang berlaku dalam sistem nilai masyarakat tersebut yang membawa kepada terjadinya emansipasi wanita Jepun.

Tidak hairanlah kalau aku sukar hendak memahami novel-novel tersebut sewaktu membacanya dahulu. Teringin nak baca buku-buku ni semula, ada sesiapa yang pernah jumpa tak ?

http://www.penerbit.ukm.my/tamsil_keruing.html
http://lumpiabasah.multiply.com/reviews/item/2

Salam Aidilfitri

kamal's picture

Salam Aidilfitri kepada semua rakan-rakan di smach.net. Aku akan bertolak pulang ke kampung pagi ini, agak awal daripada plan asal. Pagi tadi lebih kurang pukul 4, terima khabar dari kampung bapa saudara aku telah kembali ke ke rahmatullah. Jadi kami buat keputusan untuk terus bertolak pagi ni juga. Insya Allah, kita jumpa kat kampung nanti semasa raya.

Syndicate content