mc_jae81's blog

Unit Trust

Sudah lama aku bercadang untuk menulis berkenaan Unit Trust atau Saham Amanah tetapi disebabkan kekangan masa dan juga komitmen kerja hasrat tu agak lama dipendamkan.

Aku mula kenal unit trust ni dah lama, sejak belajar lagi, tetapi masa tu tidak ada keinginan untuk melabur dan memahami unit trust ni.

Bila dah mula kerja, perkara yang aku beri perhatian adalah untuk menyediakan perlindungan so aku mula survey pasal plan takaful. Hanya pada tahun 2006 aku mula berminat untuk melabur dlm unit trust dan tahun 2007 aku mula jadi perunding unit trust Public Mutual.

So aku akan cerita pasal unit trust ni dari perspektif aku la. Unit trust adalah pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang. Bila terlibat dengan unit trust adalah penting untuk kita membaca prospektus sesuatu dana yang kita mahu melabur.. memang pada permulaan aku agak susah nak faham figure dalam prospektus tu. Sekarang ni pun aku tengah belajar untuk lebih memahami prospektus dengan lebih baik. Aku bertumpu pada dana syariah. So dari prospektus lah kita ketahui samada zakat perniagaan telah dibayar atau tidak. Kebanyakan dana tidak membayar zakat ni. So menjadi tanggungjawab pelabur untuk membayar zakat tersebut.

Syndicate content

Back to top