Menjadi ahli
Sila hantar email kepada admin@smach.net dan nyatakan nama penuh, nickname yang ingin digunakan serta batch (jika berkenaan).

Random image

Tarik!!

Latest image

Ise's blog

Ise's picture

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin...raya tahun 2009

Assalamualaikum,
Diucapkan Selamat Aidilfitri kepada semua warga smachian.
Minta halal dan maaf semua salah silap.
Semoga ukhuwah sesama kita akan saling terjalin sehingga bila-bila.

Datang la beraya di rumah....
Ikhlas daripada Isham (ISE) dan Juliana (JUE).

Ise's picture

Proof

we each listened to our hearts beating to different tempos
as if things were meant to be this way from the start

no matter what words I choose, it sounds insincere
I crumple up the letter I wrote with the left side of my brain
and throw it away

do you hear the voice of my heart?
It's in this silent song...

darling, darling, I've seen you from many different angles
all of them exquisite, you've shown me what love is
now you're trying to show me by way of subtle techniques
that your uncertainty is a precautionary border
to keep you from getting hurt.

someone makes fun of our picture, "you two make such a pair"
Do we look alike? Or is it that we've started to?

we faced one another with such seriousness
that it was almost a burden to get on with it
so much so that it makes me jealous of the thoughtless guy I used to be.

no one will hear the voice of my heart
I'm ok with that, it's better that way.

Darling, Darling,
I know you have many faces.
no matter what I do,
when I remember you, it pains me so.
more than all those memorable days on my calendar
my memory is filled completely by vivid memories
of every second of every day with you.
we cry, we laugh
it's a precarious sort of feeling but
it is proof of you and me.

Darling, darling
I've seen you from so many different angles
even if the day we can no longer be together comes our way
I don't think it matters because I can't help loving you.

Darling, Darling
Oh my darling
Maddeningly, and vividly
you fill in my memories completely
Darling, Darling.

Ise's picture

cuti

Hari ni adalah hari terakhir cuti aku yang jarang jarang dapat dinikmati selaku pekerja kilang yang makan gaji ni. Aku nikmati sepenuhnya cuti hari ini dengan merilekskan diri di rumah. Walaupun cuti yang diisytiharkan untuk staff perodua adalah 2 minggu, ramai juga yang aku tengok bekerja seolah olah tiada cuti. Ada yang hari raya korban kedua dah masuk kerja. Aku sendiri pun minggu ni dah 3 hari pergi kerja, walaupun aku tidaklah rajin pun untuk menyiapkan kerja yang tak siap lagi itu, tetapi disebkan `teamwork` punya pasal, kawan kawan aku nak kerja, aku pun kena kerja juga.
Kerja cuti kali ni `measure gap` & `level` satu biji kereta model baru ni. Model D18D. Dapatkan fitting accuracy, kemudian analisis `NG` points, Study counter measure pastu kena buat meeting dengan vendor vendor. Tapi progress sekarang ni setakat measurement je la. Banyak lagi kerja aku rupanya....AAAaargghh..seronoknya bekerja.
Itu pasal kerja, ni pasal cuti.
Aku bangun pagi, rasa best giler bila tak payah nak "loghat-loghat" bersiap untuk pergi kerja. Pukul 7.30am, masa biasa aku pergi kerja, aku pergi sarapan kat gerai tepi jalan, sambil baca paper. Jalan Bukit Beruntung sibuk dengan kereta-kereta ke arah Rawang/KL.
Balik rumah buka forum smach.net.
Sekarang ni aku fikir, alangkah bestnya kalau hari hari cuti begini, duit still masuk juga. Cuti bergaji. Tapi kalau la ini satu kenyataan, adakah betul ia benar benar best?
sebab ini bukan suatu benda yang tidak mustahil.
Apa matlamat hidup aku sebenarnya?
Nak kaya? Cemerlang dunia? Power? Keluarga Bahagia? Dunia akhirat?
sambil cuti sambil fikir...

Ise's picture

Otak Kanan - Teknik Jepun

Copied from a blog,,,,,
Subject:Otak Kanan - Teknik Jepun

Shichida Methods...

Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2 thn pergi Sichida kelas...yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal, kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje...dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku...dah nampak keberkesanannya.

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je, sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek.. buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar...potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe......... satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai....sebab depa makan guna chopstik... chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri.......kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.....

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa.........kita pun bukan tak biasa merapu.......

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni...

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca....

Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak.....itu lah yang anak akan buat.....so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak...contohnya....Tolong senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..

Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.

October 16, 2006 | Permalink

Ise's picture

buka posa bersama mak di kelate

Alhamdulillah,
Jap lagi balik kelate,
ptg ni, esok dan lusa buleh berbuka puasa bersama ibu dan keluarga tercinta.
Yey!!

Ise's picture

Puasa di Taiwan

Bulan Ramadhan ni tiba tiba lak kena gi Taiwan,..ada meeting skit..rasa tak best betul la kena keluar masa masa posa gini..penat..

Semalam dalam flight 2 org je melayu..lainnya Cina. Diaorang makan aku hidu bau je la..Waktu berbuka pukul berapa pun tak tahu. Tgk luar tingkap cerah..Buka laptop buka program Athan nak tgk waktu berbuka, tapi tempat lak tatau..Dlm pkl 5.50p.m langit nampak gelap, mentari merah mula nak hilang, aku yakin dah masuk waktu. Makan kek je dengan jus oren. MAS tak da pun nak buat announce waktu berbuka, sedih betul, terpikir lak aku, Pilot Melayu MAS ni posa ke tak..
Mendarat kat Kaoushiung Intl Airport Pkl 6.40p.m...dah gelap..1 jam pulak naik teksi ke Hotel, di Tainan..
sampai hotel makanan malam dah tersedia..syukur. Terus makan ( Makanan di jamin halal, ;)

Hotel TaipungSuite ni best betul. Luas dan selesa. selesa sangat sampaikan tido miss nak sahur. Barai la skit ari ni..
1st day puasa kat Taiwan tak sahur..

Ise's picture

“SEND THIS KALIMAT TO 12 NICE PERSONS AND YOUR FINANCIAL POSITION IMPROVES WITHIN 12 HRS 100% GERNTI. MEMANG ANEH TAPI NYATA

Pekara di atas ini atau seumpamanya adalah menyalahi syara’ dan HARAM disebarkan…

1. Mempercayai ada yang berkuasa selain Allah dalam memakbulkan hajat kita adalah menyimpang daripada aqidah Islam yang murni berdasarkan firman Allah: “….Hanya ALLAH tempat kita minta pertolongan…”

2. Sememangnya kita disuruh berusaha TETAPI janganlah usaha itu menyalahi syara’ (hukum Allah). Cthnya: kita disuruh berusaha menghilangkan dahaga TETAPI janganlah berusaha dengan cara minum arak. Kita disuruh berusaha menghilangkan sakit TETAPI janganlah dengan cara menggunakan jin/ syaitan/jembalang. Kita disuruh berusaha mencarai rezeki TETAPI janganlah mencuri @ merompak @ peras ugut. Demikianlah dalah perkara ini, kita disuruh berusaha TETAPI bukan dengan cara MENSYIRIKKAN ALLAH.

3. Apa yang membimbangkan ialah kalimah “SEND THIS KALIMAT TO 12 NICE PERSONS AND YOUR FINANCIAL POSITION IMPROVES WITHIN 12 HRS 100% GERNTI.MEMANG ANEH TAPI NYATA……dah ada tuhan lain ke yang makbukan doa kita…
suatu kalimah yang membawa kepada fahaman ‘khurafat’ dan ‘syirik’.

4. Oleh itu , sila hentikan ‘kerja yang tidak berfaedah ini’. Jangan menyebarkan fahaman yang salah lagi songsang ini.

5. Jika ada yang mempercayai kata-kata tersebut, “Siapa yang sanggup menjawab di hadapan ALLAH Ta’ala”.
Firman Allah
“Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu sendiri tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.
Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati; semuanya akan ditanya tentang apa yang dilakukannnya.”
( Surah Al-Isra’: 36)

6. Sila ‘forward’kan e-mel ini kepada mereka yang saudara/saudari telah hantar attachment atau yg seumpama dengannya atau saudara/saudara akan menjawabnya di hadapan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Sekian.

NOR RAIHAN BIN AZIZ
Imam BIMB
Jabatan Syariah.

Ise's picture

Test

Test dulu..
belajar skit2...
nanti belajar banyak banyak..