zahid's blog

gambar-gambar raya

zahid's picture

Super Saiya Menyerang! Hehee..

zahid's picture

Super saiya 1: Akulah Orang super saiya!

Super saiya 2: Bukan, akulah super saiya!

Super saiya 1: Kau takde rambut, camner kau boleh ngaku kau super saiya!

Super saiya 2: Ooo.. mentang2lah rambut kau macam rambut super saiya! Tapi super saiya mestilah lelaki!

Super saiya 1: Ooo.. tak percaya ya! Nah rasakan tumbukan super saiya dari ku! Watcha!

Kejadian ini sempat dirakam.. sila lihat di bawah!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Super saiya 2: Mama.. Papa... Tolong saya!!!


Muhammad Ariff (4 bulan) bersama sepupunya, Zalia Amanda (1 bulan).

Pasca Debat: Ulasan yang terlewat

zahid's picture

Pasca Debat: Ulasan yang terliwat terlewat

Saya tidak mahu mengemukakan kekecewaan saya terhadap Shabery Cheek, sudah terlalu banyak kekecewaan terhadap beliau dalam begitu banyak blog di Malaysia. Malah, saya melihat hanya Berita Harian yang mengampu beliau dengan ayat “menteri itu lebih banyak mengemukakan fakta berbanding Anwar…” (ampu jangan tak ampu, BH). Tidak terjumpa satu pun blog orang kerajaan yang memuji hujah-hujah Shabery. Dari blog khir toyo, muhammad taib, ali rustam, semuanya membisu dan tidak memberikan komen padahal hari-hari sebelumnya blog-blog ini turut mempromosikan debat tersbut.

Saya tidak mahu bercerita lanjut tentang Shabery. Cukuplah. Saya cuma turut kecewa dengan Anwar, walau pun sedikit. Keseluruhannya OK, berkali ganda lagi bagus dari Shabery yang tidak fokus pada topik. Tapi bagi saya Anwar tidak berjaya meyakinkan orang-orang UMNO bahawa harga minyak di Malaysia mampu diturunkan.

Hujah Anwar yang pertama sungguh tepat dan konkrit. Hujah dan langkah kedua juga berasas.
A. Penjimatan bahan api dan belanja untuk IPP dengan mengurangkan stanby capasity memberikan rm2billion setahun.
B. Kewangan kerajaan sekarang terlalu banyak ‘bocor’ akibat :
B.1. Decision making yang tidak betul menyebabkan banyak projek diluluskan dan kemudian dibatalkan dan terpaksa dibayar pampasan yang sangat tinggi kepada syarikat terbabit;
B.2. Kebocoran kewangan kerana menyelamatkan kroni
B.3. Rasuah dalam projek-projek kerajaan yang berleluasa.

Sebenarnya ada hujah ketiga (C) dalam menurunkan harga minyak, yang saudara Anwar hanya sempat mengulasnya sedikit sahaja, tetapi bagi saya ianya adalah hujah yang paling besar dalam isu ini. Setiap kenaikan USD1 setong minyak, kerajaan Malaysia mendapat beratus-ratus juta tambahan pendapatan setahun. Tidak ada rasional untuk menaikkan harga minyak sedangkan kerajaan bertambah pendapatannya. Pertambahan pendapatan ini jauh lebih tinggi daripada pertambahan bajet yang terpaksa dikeluarkan kerajaan untuk mengekalkan harga minyak pada harga lama.

Daripada Perbendaharaan Negara, pendapatan kerajaan hasil petroleum meningkat dari setahun ke setahun dengan peratus yang sangat tinggi.
2004 – sekitar rm25 billion
2005 – sekitar rm30 billion
2006 – sekitar rm45 billion
2007 – rm52.3 billion
2008 – rm67.6 billion

Untuk data 2004 – 2006, saya ambil berdasarkan anggaran daripada graf di http://kickdefella.wordpress.com/page/2/ yang datanya diperolehi dari halaman perbendaharaan malaysia, http://www.treasury.gov.my . Untuk data 2007 & 2008, saya ambil daripada laporan keuntungan petronas 2008 yang diumumkan pada petang sebelum debat berjalan, dan disiarkan di dalam utusan keesokan harinya. Saya memetik satu perenggan “Berikutan peningkatan keuntungan itu, Petronas membayar sebanyak RM67.6 billion kepada kerajaan pada tahun ini berbanding RM52.3 billion pada tahun kewangan lalu.”

Saya tidak ada data tentang jumlah subsidi bahan bakar, tetapi Shabery berbohong ketika menyatakan, jika mahu mengekalkan harga minyak pada harga lama, kerajaan perlu mengeluarkan sejumlah rm50 billion setahun. Sedangkan, laporan sendiri menyatakan “dengan penstrukturan semula subsidi ini, kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaan sejumlah rm13billion setahun yg akan digunakan untuk sektor2 lain seperti makanan dan lain-lain.” Dengan kata lain, jika dikeluarkan rm13 billion dari mana-mana sumber, kerajaan akan dapat mengekalkan harga pada harga lama. rm13billion adalah tidak membebankan jika dibanding dengan perolehan kerajaan daripada petronas sebanyak 67billion. Malahan, daripada bajet 2008, perbelanjaan kerajaan malaysia hanya dianggarkan sekitar 48 billion (rujuk the star 16 july 08).

Ketika Shabery memberikan soalan pandai “Adakah kerajaan pakatan rakyat akan menaikkan harga minyak secara mendadak apabila Malaysia menjadi nett impoter minyak pada 2015?”. Jawapan Anwar bernas, “sape kata minyak kita habis 2015?, kita hanya akan jadi nett importer pada 2015 jika tiada telaga baru ditemui.” Shabery perlu ingat, minyak kita bukan lesap secara mendadak pada 2015, jika benar tahun itu kita menjadi nett importer. Sebagaimana minyak tidak akan lesap secara mendadak, begitu juga kerajaan pakatan rakyat tidak akan menaikkan harga minyak secara mendadak.

Mungkin pada 2015, kita terpaksa mengimport 10 ribu tong sehari, mungkin tahun berikutnya bertambah kepada 20 ribu tong sehari dan seterusnya. Sebagaimana pertambahan ini adalah secara perlahan, begitu juga kenaikan harga minyak tidak sepatutnya dibuat secara mendadak. Lagi membingungkan, kenapa kerajaan sekarang mahu membebankan rakyat ketika negara membuat keuntungan yang bertambah dari setahun ke setahun daripada hasil petroleum.

Tambahan pula, umum mengetahui petronas mencarigali minyak di 33 buah negara. Dengan keuntungan petronas yang meningkat dari setahun ke setahun, maknanya, hasil pendapatan kerajaan dari cukai petronas juga akan meningkat. Kita bukan mahu kacau wang petronas, tetapi sebagai sebuah syarikat malaysia, petronas akan terus membayar cukai kepada kerajaan malaysia (walaupun dividen dan royalti akan berkurang, jika benar hasil petroleum dalam negara berkurang daripada jumlah 650 ribu tong sehari). Tiada kebimbangan dari segi kehilangan sumber pendapatan yang mengejut atau mendadak. Janganlah menakutkan-nakutkan rakyat dari segi ini.

Datuk Johan juga mengecewakan saya apabila mengemukakan soalan "adakah kerajaan pakatan rakyat tidak risau, dengan memberikan subsidi yang tinggi, kerajaan bukan sahaja membantu rakyat, tetapi juga membantu syarikat-syarikat lain yang menjual minyak di malaysia seperti shell, bp, esso dan sebagainya". Pada saya, Datuk Johan sungguh tidak faham konsep. Kita nak beri subsidi untuk mengurangkan harga minyak, bukan hendak menambahkan komisyen jualan kepada syarikat atau pengusaha stesen minyak. Jika shell mendapat 10 sen dari seliter minyak yg dijual, ia akan kekal pada tahap itu. Yang kita nak tambah adalah subsidi, bukan komisyen.

Ini sahaja yang terlintas setakat ini. Tentang Nordin Kardi. Malas pula nak komen. Rasa bodoh pula nak melayan orang yang bodoh. Kalau saya rajin dan ada masa, bahagian kedua akan menyusul.

Wassalaam.

bloggers yang bohong atau pemimpin yg takut kebenaran terus tersebar

zahid's picture

tadi bersiar-siar di halaman chedet..

cam tepat ke dahi pak lah pulak ape yg dia cakap ni..

Quote:
Kata Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi; "Tindakan menyebarkan fitnah dan pembohongan melalui internet dan SMS untuk mewujudkan persepsi negatif rakyat terhadap Kerajaan adalah perbuatan khianat," - Berita Harian 8 Julai, 2008.

Perdana Menteri menegaskan perbuatan itu jelas melanggar prinsip Rukunegara seperti;
1) Kesetiaan kepada Raja dan Negara
2) Keluhuran Perlembagaan
3) Kedaulatan Undang-undang
4) Kesopanan dan Kesusilaan

Dimanakah disebut "Kerajaan" dalam Rukunegara? Atau apakah pada pendapat Dato Seri Abdullah Kerajaan adalah sama dengan Raja dan Negara?

Memang dalam sebuah negara demokratik, mengkritik Kerajaan menjadi satu daripada tanggungjawab parti lawan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), bahkan rakyat biasa. Jika ini dianggap fitnah dan pengkhianatan, lebih baik lagi Kerajaan isytihar pemerintahan kuku besi.

Apakah kritikan dalam internet dan SMS (sistem pesanan mesej ringkas) semuanya pembohongan?

Bohongkah Kerajaan Dato Seri Abdullah berdolak-dalik kata sesuatu hari ini, batalkan hari esok?

Bohongkah Kerajaan rugi satu billion Ringgit apabila batalkan projek jambatan, apabila jual M.V. Agusta yang dibeli dengan harga 70 juta Euro (RM300 juta) dijual dengan harga satu Euro (RM4), kenaikan harga minyak dengan mendadak, kenaikan kos untuk bina landasan kembar berelektrik keretapi daripada RM14 bilion dari Johor Baru ke Padang Besar kepada RM12 billion hanya dari Ipoh ke Padang besar, kekalahan teruk Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum 2008 dan lain-lain.

Yang membohong ialah Kerajaan dengan membuat kenyataan segala-galanya baik dalam negara, semua rakyat sokong Kerajaan, parti UMNO sebulat suara hendak Dato Seri Abdullah kekal sebagai Presiden dan lain-lain.

Jika pembohongan adalah pengkhianatan, maka yang mengkhianati Negara dan Rakyat ialah Kerajaan dengan pemimpinnya.

Jika rakyat melalui saluran yang tidak dikuasai oleh Kerajaan meminta supaya Dato Seri Abdullah berhenti daripada memimpin Kerajaan, mereka bukan buat fitnah. Sebaliknya mereka setia dan sayang Raja dan Negara dan ingin lihat negara ini tidak dibelenggu oleh Kerajaan pimpinan orang yang tidak sedikit pun setia kepada negara, hanya setia kepada diri sendiri dan keluarga."

Kecelaruan

zahid's picture

Semenjak kenaikan harga minyak yang terbaru, kepala aku semakin kusut memikirkan kecelaruan politik Malaysia sekarang. Macam-macam cerita dan berita, yang sangat sukar dipercayai, tetapi sangat sukar juga untuk dilupakan begitu sahaja. Dari kenyataan bersumpah Raja Petra terhadap Datin Seri Rosmah, SAPP mahu undi tidak percaya PM, dll.

Sudah pasti yang terbaru, laporan pemuda berwajah jambu terhadap salah laku seksual oleh majikannya, DS Anwar Ibrahim. Aku bukan peminat kepada Anwar sebagaimana minatnya aku pada Tg Guru MB Kelantan, tetapi sungguh sukar untuk aku menerima, bagaimana beliau 'melakukannya'.

Memetik laporan pemuda jambu tersebut, "Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya..." Aku hairan dan pelik, bagaimana pemuda berusia 23 tahun tiada berkeupayaan melawan tenaga seorang tua 61 tahun. Bukan sahaja tua, Anwar juga mempunyai masalah tulang belakang yg agak teruk kerana pernah diracun dengan Arsenik ketika ditahan di Penjara Sg Buloh dahulu. Keracunan Arsenik Anwar disahkan oleh Dr dari Australia.

Pada fikiran aku, jangan kata hendak menolak dan membelakangkan si Saiful, nak buka seluarnya pasti tak akan berjaya. Atau mungkin...

Oh ya, Anwar pasti ramai yang dah kenal, tapi korang kenal ke si Saiful Bukhari ni? Aku jumpa satu blog yang bercerita pasal si Saiful sejak dari April 2007, semasa dia tiada kena mengena dengan DSAI. Malangnya, blog itu banya untuk tatapan 'invited user'. Bagaimana pun, roti kacang merah ada memberikan link2 ke google cache untuk entry-entry berkaitan. Tetapi, google cache biasanya tidak kekal lama. Kalau nak baca, baca laa cepat-cepat.

Ariff, 2 Bulan

zahid's picture

Versi Wallpaper :)

Saiz 1024x768

Muhammad Ariff

zahid's picture

Hari Pertama



Satu Minggu

Lagi gambar di halaman Multiply saya.

Akhirat untuk Anugerah Filem Abu Jahal 2008: Faisal Tehrani

zahid's picture

Di saat dunia Islam heboh tentang filem anti-Islam, Fitna yang dihasilkan Geert Wilders, di Malaysia satu filem yang dikatakan menitik beratkan konsep Islam Hadhari telah dipersembahkan.

Tetapi, kata Faisal dalam blognya:

Quote:
Sekiranya filem Akhirat adalah seorang manusia, maka manusia itu saya putuskan adalah Abu Jahal. Anugerah Abu Jahal yang jahil ini sesuai dijadikan satu anugerah ala-ala Oscar kepada filem ini, ataupun filem-filem lain yang 'mempersendakan' agama kelak.

bacalah sendiri ulasan Faisal Tehrani di sni.

Syndicate content