Internet lumpuh - gempa bumi di Taiwan

Gempa bumi di Taiwan semalam telah menyebabkan kerosakan kepada talian utama antarabangsa yang menghubungkan Malaysia dengan Hong Kong, Taiwan, Jepun dan seterusnya Amerika Syarikat. Ini menyebabkan talian Internet ke luar Malaysia mengalami kesesakan ketara. Berita buruknya, server smach.net berada di Amerika Syarikat jadi ada kemungkinan ia tidak akan dapat dicapai. Insiden ini yang bermula tengah malam semalam telah meletakkan Malaysia hampir terpisah daripada dunia luar (Internet), suatu perkara yang boleh diambil pengajaran. Masalah ini mungkin akan berlanjutan selama beberapa hari sehingga talian tersebut dapat dipulihkan.
Aku dah cuba untuk mendapatkan webhosting tempatan tapi setakat ini masih belum ada perkhidmatan yang memenuhi keperluan aku dengan harga yang aku mampu bayar.
- Login to post comments
smach community