cuti

Ise's picture

Hari ni adalah hari terakhir cuti aku yang jarang jarang dapat dinikmati selaku pekerja kilang yang makan gaji ni. Aku nikmati sepenuhnya cuti hari ini dengan merilekskan diri di rumah. Walaupun cuti yang diisytiharkan untuk staff perodua adalah 2 minggu, ramai juga yang aku tengok bekerja seolah olah tiada cuti. Ada yang hari raya korban kedua dah masuk kerja. Aku sendiri pun minggu ni dah 3 hari pergi kerja, walaupun aku tidaklah rajin pun untuk menyiapkan kerja yang tak siap lagi itu, tetapi disebkan `teamwork` punya pasal, kawan kawan aku nak kerja, aku pun kena kerja juga.
Kerja cuti kali ni `measure gap` & `level` satu biji kereta model baru ni. Model D18D. Dapatkan fitting accuracy, kemudian analisis `NG` points, Study counter measure pastu kena buat meeting dengan vendor vendor. Tapi progress sekarang ni setakat measurement je la. Banyak lagi kerja aku rupanya....AAAaargghh..seronoknya bekerja.
Itu pasal kerja, ni pasal cuti.
Aku bangun pagi, rasa best giler bila tak payah nak "loghat-loghat" bersiap untuk pergi kerja. Pukul 7.30am, masa biasa aku pergi kerja, aku pergi sarapan kat gerai tepi jalan, sambil baca paper. Jalan Bukit Beruntung sibuk dengan kereta-kereta ke arah Rawang/KL.
Balik rumah buka forum smach.net.
Sekarang ni aku fikir, alangkah bestnya kalau hari hari cuti begini, duit still masuk juga. Cuti bergaji. Tapi kalau la ini satu kenyataan, adakah betul ia benar benar best?
sebab ini bukan suatu benda yang tidak mustahil.
Apa matlamat hidup aku sebenarnya?
Nak kaya? Cemerlang dunia? Power? Keluarga Bahagia? Dunia akhirat?
sambil cuti sambil fikir...