Unit Trust
Sudah lama aku bercadang untuk menulis berkenaan Unit Trust atau Saham Amanah tetapi disebabkan kekangan masa dan juga komitmen kerja hasrat tu agak lama dipendamkan.
Aku mula kenal unit trust ni dah lama, sejak belajar lagi, tetapi masa tu tidak ada keinginan untuk melabur dan memahami unit trust ni.
Bila dah mula kerja, perkara yang aku beri perhatian adalah untuk menyediakan perlindungan so aku mula survey pasal plan takaful. Hanya pada tahun 2006 aku mula berminat untuk melabur dlm unit trust dan tahun 2007 aku mula jadi perunding unit trust Public Mutual.
So aku akan cerita pasal unit trust ni dari perspektif aku la. Unit trust adalah pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang. Bila terlibat dengan unit trust adalah penting untuk kita membaca prospektus sesuatu dana yang kita mahu melabur.. memang pada permulaan aku agak susah nak faham figure dalam prospektus tu. Sekarang ni pun aku tengah belajar untuk lebih memahami prospektus dengan lebih baik. Aku bertumpu pada dana syariah. So dari prospektus lah kita ketahui samada zakat perniagaan telah dibayar atau tidak. Kebanyakan dana tidak membayar zakat ni. So menjadi tanggungjawab pelabur untuk membayar zakat tersebut.
Kalau dikaji perkembangan market unit trust 2005, 2006 dan 2007, kita akan dapati, kenaikan harga unit trust hanya bermula dari pertengahan Jan 2007 hinggalah Oktober 2007 sekarang. Sepanjang tahun 2005 dan 2006, pergerakan nilai NAV/NAB unit trust, tak banyak berubah. NAV/NAB adalah net asset value/nilai aset bersih.
Secara umumnya ada beberapa langkah pada pandangan aku boleh memberi keuntungan yang bagus dalam pelaburan dalam unit trust ini. Sebenarnya ni terpulang kepada individu, setiap orang mempunyai strategi dan matlamat tersendiri.
Sebelum melabur, fahami dulu dana pelaburan yang ingin dilaburkan dan fahami diri sendiri dulu, secara umum ada tiga jenis pelaburan aggresive, moderate and konservatif. Jika kita seorang yang tidak berani menanggung risiko kerugian atau melabur untuk persaraan adalah lebih elok untuk melabur dalam dana yang agak moderate atau konservatif. Tetapi ia bukan halangan untuk kita melabur dalam dana yang aggresive. Bila melabur dalam dana aggresive kita mesti sanggup untuk menerima risiko kerugian yang tinggi juga. Kerugian bermaksud kita mungkin kehilangan sebahagian atau keseluruhan modal asal pelaburan.
Kebanyakan dana yang menjanjikan pulangan tinggi, adalah dana berasaskan pasaran ekuiti (pasaran saham). Majoriti dana jenis ini meletakkan target pertumbuhan modal asal dalam tempoh 5-10 tahun. Maknanya, kalau kita tebus pelaburan kurang dari time frame dana tersebut, kemungkinan kita boleh mengalami kerugian, terutamanya bila nilai NAV fund merosot atau ekonomi jatuh.
Seterusnya, kita perlu tahu accounting period untuk dana pelaburan kita. Time frame ini penting untuk menentukan bila dividen / bonus unit biasanya diagihkan. Harga unit saham selepas agihan biasanya jauh lebih murah berbanding sebelumnya.
Strategi yang biasa dilakukan adalah BELI SEMASA HARGA UNIT SAHAM RENDAH (SEMASA MURAH DAPAT LEBIH UNIT SAHAM) DAN JUAL SEMASA UNIT SAHAM SUDAH NAIK (SEMASA HARGA DAH MAHAL, UNTUK HASILKAN KEUNTUNGAN).
Macam mana nak tahu bila low price? Biasanya unit trust lebih murah apabila :-
1 – Baru lancar - biasanya dijual pada harga asal unit saham (harga permulaan) dan diikuti dengan diskaun yuran service sebanyak 1% - 2%. P Mutual akan melancarkan Public China Ittikal Fund esok, 20 November 2007 dengan harga RM 0.25 se unit. So inilah masanya untuk melabur.
2 – Selepas dividend declaration atau agihan dividen / tambahan bonus unit - harga unit saham akan jatuh sedikit selepas pertambahan bilangan unit saham.
Pemantauan perkembangan market unit trust adalah juga sgt penting.
Kesimpulannya unit trust adalah satu alternative yang bagus bagi kita untuk menabung terutama untuk pendidikan anak2 dan juga untuk persaraan.
- mc_jae81's blog
- Login to post comments
smach community