
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera Semua,
Syukur ke hadrat Ilahi dapat lagi `berposting` dekat sini.
Dengan rasa rendah diri dan syukur, saya, Mohd Isham dan bakal isteri saya, Juliana ingin menjemput kawan kawan semua, tidak kira di mana berada, untuk menghadirkan diri dan keluarga ke Majlis Perkahwinan kami, yang bakal dilangsungkan pada 27/12/2007dan 28/12/2007.
Kad jemputan telah dihantar kepada kawan semua dengan merujuk kepada alamat di wiki smach.net dan disini juga dikepilkan bersama.
Kepada kawan kawan yang masih belum menerima kad jemputan dan belum memasukkan alamat di wiki smach.net sila beritahu untuk kami hantar kadnya.
Tolong sampaikan juga kepada semua kawan kawan lain yang mungkin tidak dapat jemputan ini.

