Babi oh babi ...

Semasa cuti PRU yang lepas kat kampung, aku duduk berbual-bual dengan abang dan pakcik aku. Topiknya apa lagi, pasal keputusan PRU lah. Entah macam mana aku pun tak pasti, terkeluar cerita pasal babi. Abang aku meluahkan kehairanannya melihat ramai pekerja-pekerja Indonesia yang bekerja di ladang ataupun kedai-kedai yang menjual babi. Bila diajukan persoalan mengapa, mereka mengatakan tidak salah menyentuh babi sebab yang haramnya cuma dimakan. Aku tersenyum dan berfikir ini peluang yang baik untuk aku terangkan pasal babi ni. Jadi bila aku cakap babi ni bila disentuh tak perlu samak (sebagaimana anjing), mereka sememangnya terkejut. Dan aku sendiri sudah menjangkakan reaksi sedemikian. Aku terangkan serba sedikit apa yang aku tahu dan faham pasal babi ini.
Seterusnya aku tambah isu babi ni lebih kepada isu kebersihan. Abang aku membalas dengan mengatakan, kadang-kadang orang jual babi ni sebenarnya lebih bersih daripada orang yang jual ayam. Aku cuma tersenyum, malas nak sambung lagi. Lagi pun mak aku dah panggil kami semua untuk makan. Cerita banyak-banyak pasal babi ni kang tak lalu makan pulak.
Beberapa hari ni, kecoh lagi pasal babi. Terbaca je komen salah seorang pemimpin Selangor kat Metro, hati aku sedikit berdetak. Wajarkah isu babi ni dilihat atau dikaitkan dengan sensitiviti agama/budaya ? Sekiranya isu babi ni dilihat dari sudut agama/budaya, ianya seakan-akan konflik yang tidak ada jalan tengah ke arah penyelesaian. Masakan tidak, budaya dalam masyarakat Melayu sememangnya melihat babi sebagai sesuatu yang 'taboo' dan menjijikkan. Tambah lagi bila soal larangan agama dikaitkan sekali. Bagi sebahagian masyarakat Cina pula, babi juga merupakan sesuatu rapat dengan budaya mereka. Jadi untuk kedua-dua belah pihak meminggirkan isu babi adalah suatu yang mustahil.
Bagi aku adalah wajar sekiranya isu babi ini dilihat daripada konteks lain yang mungkin lebih bersifat universal. Isu alam sekitar dan kebersihan contohnya lebih mudah untuk diterima oleh semua pihak. Tak kira melayu atau cina sudah pasti ingin hidup dalam satu persekitaran yang bersih. Oleh itu apabila ada beberapa pemimpin yang cetek fikirannya mengaitkan isu babi dengan sensitiviti agama/budaya, ianya adalah amat menyedihkan.
Bacaan berkaitan:-
http://msomelayu.blogspot.com/2008/04/susupan-senja.html - Apa boleh buat sang babi sudah nasibmu
Jadi isu babi adalah isu hak asasi manusia yang tidak boleh dinafikan. Cuma apa yang menjadi masalah cara menguruskannya, perlu ada disiplin dan mengikuti piawai dunia. Kalau semua itu boleh diatur babi tidak ada menjadi masalah sebaliknya menjadi bahan komoditi baru kepada negara. Kehadirannya akan menjadi lebih kurang sama dengan wujudnya najis di dalam perut kita!Hentikan berpolemik soal babi dan langkah Kerajaan Selangor itu patut dilihat positif untuk kesejahteraan umum. Lebih baik semuanya pandang ke depan melihat masa depan bangsa dan negara yang lebih penting dari isu-isu menggeliakan seperti babi itu. Jangan bazirkan masa anda!
- kamal's blog
- Login to post comments
smach community