kuih muih..

Ise's picture

Salam,..
Orang dah kahwin kan, suka buat kuih dan kek..Perut aku sudah maju ke depan sedikit semenjak makan kuih muih selepas kahwin ni..
Jadi, aku ciptakan topik ini untuk bincang berkenaan kuih muih kek.
Terutamanya bagi isteri yang duduk kat rumah dan duduk buka internet kat pejabat,
Raya puasa pun dah tak lama ..Boleh dapat idea nak buat kuih raya nanti, boleh jual, boleh dapat duit, boleh buat isi minyak kereta balik kampung..
Jadi,
untuk isu yang pertama, suami isteri yang berbahagia sekalian..aku ada satu soalan..

Apakah dia kuih Pat Putat @ Cat Putat...( sebut dengan dengun ain)
Kuih ini sangat terkenal di satu tempat di Kelantan..tapi aku baru sahaja mendengarnya malam ini, walaupun sejak kecil lagi dah makan...
sapa tahu nama lain untuk kuih itu??