Menjadi ahli
Sila hantar email kepada admin@smach.net dan nyatakan nama penuh, nickname yang ingin digunakan serta batch (jika berkenaan).

Random image

Ise with Gen 2 at Taiwan

Latest image

Apa ertinya merdeka jika hati terluka

kamal's picture

Apabila isteriku menegur kenapa aku tidak begitu ambil kisah dengan sambutan kemerdekaan, sukar untuk aku menjawabnya. Bukannya tidak menghargai kemerdekaan, bukannya tidak cinta kepada negara. Membaca tulisan Dr Asri di akhbar selepas itu, aku terjumpa bahagian yang betul-betul menggambarkan perasaan aku ketika ini:-

Quote:

Namun saya berpendapat bahawa antara faktor utama adalah, banyaknya tindakan mereka yang diberikan amanah dalam negara ini telah benar-benar mengguris hati dan perasaan rakyat. Walaupun kebelakangan ini semacam ada usaha untuk membaiki keadaan, tetapi hati yang luka itu nampaknya amat sukar untuk dipujuk kembali. Tidak semestinya kerana mereka telah jatuh hati kepada kekasih baru, tetapi kebencian dan kemarahan boleh menjadikan manusia benar-benar berubah.

http://drmaza.com/home/?p=399#more-399

Ya, inilah perasaan yang aku alami. Perasaan terluka dan kecewa.