Menjadi ahli
Sila hantar email kepada admin@smach.net dan nyatakan nama penuh, nickname yang ingin digunakan serta batch (jika berkenaan).
Pindah lagi ?

Secara tak dijangka, ofis aku akan berpindah ke TPM, Bukit Jalil. Walaupun dah dengar ura-ura sejak tahun lepas tapi tiada pemberitahuan secara rasmi akan rancangan berpindah. Tup-tup, dah nak pindah. Aku sedikit bengang. Rumah yang aku sewa sekarang dah kira agak ideal dengan tempat kerja. Tak sampai 5 minit ke LRT, 10 minit dari LRT Kg Baru ke ofis. Aku jenis tak suka memandu ke ofis sejak dulu lagi. Kerja aku kat pejabat dah menuntut fokus yang terlalu tinggi daripada otak aku. Memandu juga perlukan fokus yang tinggi jadi bila memandu ke pejabat otak aku langsung tak ada masa nak rehat, hehe.
Nak tak nak rasanya kena pindah. Tak guna aku duduk kat sini, dah lah sewa rumah mahal. Ofis dah makin jauh. Ada apa-apa cadangan kawasan yang sesuai berhampiran dengan TPM, Bukit Jalil ? Ada orang cakap Puncak Jalil sewa rumah murah. Taman Equine dekat dengan Jusco tapi nampak macam jauh pulak. Rumah sekarang pun dekat dengan Jusco, jalan kaki je. Tapi tu tak penting sangat. Kawasan sini nampak macam banyak pilihan, tak pasti kat mana paling sesuai.
- kamal's blog
- Login to post comments
