Acitivity

Jemputan! Jemputan!

jaws's picture

Assalamualaikum...
He..he ni bukan jemputan kahwin :)

Dengan sukacitanya saya ingin menjemput semua warga SMACH 94-98 dan keluarga untuk ke Majlis Kesyukuran dan Rumah Terbuka Aidilfitri keluarga saya di Bandar Baru Bangi.

Alamat: No 36, Jln 3/41, Seksyen 3 Tambahan, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Hari: Sabtu, 10hb November 2007.

Tentatif:
2:00 pm hingga 2:50 pm : Majlis Doa Selamat dan Tahlil
3:00 pm hingga 5:00 pm : Rumah Terbuka

Diharapkan kehadiran warga SMACH & keluarga dapat memeriahkan majlis dan mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita.

Map attached.
Terima Kasih

Wassalam
~Samsiah~

sajak balik raya uotk otg tranung..,baliklah wok..

smz's picture

KALU SESAPER ADER BALIK KAMPUNG DI HARI RAYA NI... NGAN LUPER SAMPAIKAN SALAM AMPUN MAAF KAMI DI PERANTAUAN BUAT BONDA TERSAYANG

Sayup mengelor anok dok balik Sayup memanggil anak tak balik
Menyembah sujud pada Mung Sembah sujud (memohon) pada kamu
Seakang zaman doktong sudah sapok Seakan zaman bjalan2 dah smpai ke hadnye
Seakan zaman gelekek habih doh Seakan zaman gelak ketawa dah abis
Mung duk jauh Mok panggil dekat Kamu jauh mak panggil dekat
Mung duk dekat Mok panggil rapat Kamu dkt mak panggil rapat
Mung duk rapatt Mok sendal Kamu rapat Mak sendal (bergerak makin rapat/menempel)
Takmboh bui gogeh Tak nak bagi goyang/brgerak
Renungan si Ibu terandeng jauh Renungan ibu terlontar jauh
Seakang mengelor anok manih Seakan memanggil si anak manis
Yang hatinya gelebek sumbing Yang hatinya terluka
Ingat air mata yang luroh berjelabok berlembang di lambor Ingat pd air mata yg bcucuran mbasahi beranda
Seakang noknya anok tembor berdecung dari Kuala Lumpor Seakan mahu anaknye balik serta merta dr KL
Biar cokkoh depang mata Biar ada (tsembul) d depan mata
Biarlah mung dulu suka mengakas Biarla kamu dulu suka memanjat (nakal)
Sedor sedor le ni senyap tuppas Sedar2 skrg senyap sunyi
Sampai gitu mbas menengung Sampai begitu sekali kamu pergi
Mok tunggu mu balik raya kappong Mak tunggu mu balik raya di kampung
Mok tunggu mu jadi bejuruh jangan jadi cakduh Mak tunggu kamu jadi baik, jangan kd kalut
Mok doa' biar jadi manih dok kelat sebbat Mak doa biar jadi manis tak bmuka kelat
Mok doa' lagi hari raya, biar tenang jangan kelecat barat Mak doa lagi hari raya, biar tenang jangan haru biru
Rok jelibung mok tebah buat jalang Semak samun mak tebas buat jalan
Takut mung kena pakoh pinggat lari meletang kalang Takut kamu digigit penyegat lari lintang pukang
Nok tengoknya ke mung Teringin nye nk tgk kamu
Memang dok dang dang Memang tak sabar2
Nok ramah jari mung anok ku anok kesayangan Nak ramas/pegang jari ank kesayangan
Hari Raya andainya buleh aku kelor mung Hari raya andainya boleh aku panggil kamu
Takut nak jeruwoh takut mung belohok Takut kamu jeruwoh (nk tmuntah) takut kamu tsedak
Bukang mok nak kereta tolok, bukang mok mitok mah setokol Bukan mak nak kereta beso, bkn mintak emas setongkol (harta btimbun)
Mok tahu mung makang burger, hotdog Mak tahu kamu makan burger, hotdog
Dulu mu berahi jering, gemo kuih badok Dulu kamu suka jering, gemar kueh badok
Mok cuba kelor lagi neh Mak panggil lagi ni
Baliklah Wok baliklah Balik la anak ku balik la
Hari raya dok baik bekok Hari raya xbaik berkecil hati (bkira)
Mok terima mung sayang Mak terima kamu sayang
Salahnya cuma silap belaga buah getoh Salahnye cuma silap belaga buah getah
Silap sikitnya rebus ubi kayu dok rebus ubi torok Tsilap sikit, rebus ubi kayu tak rebus ubi torok (jenis ubi)
Adik Adik mu tu nye je mung jadi bekok Kerna adik2 kamu je kamu bkecil hati
Hari raya ning baliklah Wok Hari raya ni balik la Nak
Mok sorang berlagu pilu sedih Mak sorang kesedihan
Ayoh mu gi dok royat nok mati Ayah kamu pergi begitu saje, tiada tanda2 nk meninggal
Rasa nok gelekek tadok tepat geli Rasa nk bgelak, tiada tempat geli
Raya sama mung dok tau tepat nok gi Raya bsama kamu, xtau tempat nak pergi
Baliklah Wok Balik la Anak
Anak anak ku Anak-anak ku
Kalau mu kenang duana mung tubek Kalau kamu kenang di mana kamu lahir
Kalau mu kenang sapa beso ke mung Kalau kamu kenang siapa mbesarkan kamu
Kalau mu kenang sapa dia jaga mung jok kecik Kalau kamu kenang siapa jaga kamu sejak kecil
Kalau mu kenang macang mana mung boleh baca nulih Kalau kamu kenang bagaimana kamu boleh mbaca dan mnulis
Pagi raya ning mung ada cokoh dirumah Pagi raya ni kamu akan ada d rumah
Pagi raya ning mung buat air dappor Pagi raya ni kamu bancuh/siapkan air di dapur
Pagi raya ning ciung tangang orang tua Pagi raya cium tangan orang tua
Pagi raya ning mitok maaf dengan mok Pagi raya ni mintak maaf dengan mak
Pagi raya ning mok dok pernoh berniat nok kehel mung Pagi raya ni, mak x pernah berniat nak marahkan kamu
Hari raya hari berkeluarga, cenderhati termahal Hari raya hari berkeluarga, cenderahati termahal
Hadiah paling comel, hamper paling beso, Hadiah plg comel, hamper plg besar
Hari raya, mung semualah paling beso, Hari raya, kamu semuala paling bermakna
Anok beranok, warih waroh anak beranak, sedara mare..

(Sajak written & read by Ibrahim Mohd Taib of Ajil, Ulu Terengganu)

REUNION 2008 : Hala tuju dan matlamat

Ise's picture

Assalamualaikum..
Sekarang dah bulan 8, separuh penggal akhir 2007.
Macam mana dengan reunion tahunan kita tahun 2008 ini.
Rasanya sudah buleh kita mula bincang. Atau masih terlalu awal?

Aktiviti besar macam ini perlukan perbicangan dan perancangan yang teliti.
jadi, kita mulalah di sini.....
Tajuk tu saje je letak Hala tuju dan matlamat..

Joke of the day

jaws's picture

Subject: Sejarah kenapa Penang, Kedah & Perlis tak diserang Portugis
Importance: Low

1508
Alfonso De Albuquerque meyampaikan hasratnya kepada raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke asia tenggara (melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat.
raja portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera (158 biji kapal, 15300 (anggaran) bala tentera

1509
Portugis menhantar perisik ke melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

Oct 1511
alfonso berjaya menawan melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (hang tuah, hang lekir, hang lekiu, hang jebat dan hang kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak alfonso, untuk menawan melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersaudara..akhirnya dapat juga menawan melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1513
setahun 12 bulan kemudian alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke kedah dan p.pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini...

Feb 1514
alfonso menghantar perisik ke kedah dan pulau pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana (Kedah dan p.pinang) mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar kedah dan pulau

pinang untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan...

Seminggu selepas Feb 1915
Perisik balik ke melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso.
Berikut adalah perbualan percakapan antara perisik dengan alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah:-

Perisik 1.2.3. : selamat pagi tuan (sambil bertabik)

alfonso : selamat pagi

Perisik 1 : Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan kedah dan pulau pinang

alfonso : Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? (dengan nada marah)

Perisik 2 : Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang tuah, hang jebat, hang kasturi, hang lekir dan hang lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan kedah dan perlis yang mempunyai beribu ribu hang..

Perisik 3 : Betoi tu tuan...antaranya:- hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana, hang pi mana, hang biar betoi, hang nak mampus, hang singgah dulu, hang gila, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang macam-macam lagi hang ada kat sana .....

Mendengar hasil risikan itu alfonso pun tak jadi nak pi serang kedah, Perlis dan Pulau Pinang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu-ribu "hang".

Reunion '07: Laporan, cerita-ceriti, gambar, etc.

mudin001's picture

Dok tunggu-tunggu juga siapa nak buat topik baru... tapi tak der orang, jadi aku mulakan.
Tulis atau letak apa sahaja yang berkenaan reunion yang baru berlalu di sini ya.

Aku...kemudian, sibuk banget ni!

JUST FOR FUN (A or B)

jaws's picture

Game ni mudah je. Caranya, sape sape yg nak reply, perlu pilih jawapan dari soalan sebelumnya beserta dengan sedikit penjelasan nape pilih jawapan tu dan lepas pilih, tanya soalan baru yg ada 2 saja pilihan jawapan. ok? Aku start dulu n then sape2 sambung jawab la eh…topik yg dibincangkan tidak terhad...

Ikan or ayam?
Ikan la sebab aku suka ikan bakar..lagipun ayam ada selsema burung.

Budu or tempoyak?

Multi Level Marketing (MLM) ...

Ise's picture

Sekarang ni macam macam MLM timbul..start dari A sampai Z ada..dan bermacam macam produk serta plan permasaran yang ada...
Tapi awas, tak semua MLM yg ada tu ada MLM yang betul dan tulen. Ada yang bersifat piramid, `binary` dan sebagainya, sebagaimana diketahui umum, ia adalah haram dari segi shariah dan undang undang. Walau pun MLM itu mempunyai lesen AJL yang sah, tak semestinya ia MLM tulen apatah lagi dari segi syarak.
So sebelum buat keputusan untuk masuk sebarang MLM, teliti dahulu.
Ini sedikit panduan .
Klik .. http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=222&Itemid=72
ini ialah panduan dari ustaz ekonomi islam. Ciri2 MLM yang sah dari segi syarak. Kita buleh buat pernilaian dan perbandingan.

Klik http://www.kpdnhep.gov.my/index?pub=tips_688
http://www.kpdnhep.gov.my/index?pub=tips_689
http://www.kpdnhep.gov.my/index?pub=tips_932
Ini ialah panduan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Tetapi pada pandangan aku, tak tepat kalau kita terus menuding satu2 MLM itu haram atau halal berdasarkan fakta yang disebarkan umum. Lebih baik kita check dengan syarikat MLM itu sendiri @ ahlinya brkenaan plan permasaran dan sebagainya, dan kaji; bukan sekadar mendengar dari mulut orang luar yakni bukan ahli yang mungkin kurang@salah maklumat.

Apa pandangan kawan semua?

aku pun ahli MLM gak.

Lepak lepak@`refresh` di Chalet Permai, Malaysia

Ise's picture

Assalamualaikum,
ada yg dapat mesej sms, ada yg tak tak dapat.
Petang ni (4/1/07) ada kumpul kumpul di Chalet Permai, Pantai Telong, Bachok. Alaa, chalet kepunyaan Kemmar tu..
Jadi, target berkumpul start lepas tengah hari..aku akan sampai dlm pkl 3 gitu.
Malam ada acara BBQ ( rasanya Kemmar sponsor, kan kan Kemmar?? :) ).
Esok check out.
Siapa siapa yang ada keinginan dan kelapangan silalah datang beramai-ramai. Jangan bimbang bilik penginapan, mesti adanya.
no contact Kemmar ( Untuk tempahan bilik etc :014 807 1327 )

Syndicate content