buku

Buku: Sakura Mengorak Kelopak

kamal's picture

Tiba-tiba aku teringat kat novel tulisan SN Arena Wati ni yang aku baca masa form 3 kalau tak silap. Buku ni aku jumpa dalam kotak-kotak putih sewaktu aku menyelongkar perpustakaan. Aku tak pasti kenapa buku-buku ni tidak dipamerkan di rak seperti buku-buku lain tapi yang nyatanya banyak buku-buku menarik dalam kotak putih ni. Selain buku ini ada satu lagi tulisan Arena Wati iaitu Kuntum Tulip Biru. Berdasarkan carian di Internet, baru aku tahu novel-novel ini adalah dalam satu siri trilogi dengan buku pertama ialah Bunga Dari Kuburan. Ini menjawab persoalan aku semasa membaca buku ini dahulu bila mana aku dapat mengesan sedikit kesinambungan antara watak dalam Sakura Mengorak Kelopak dan Kuntum Tulip Biru walaupun tidak secara jelas.

Quote:
Sebagai seorang sasterawan dan pengkaji sastera Melayu yang serius, hasil usaha Arena Wati diiktiraf di peringkat antarabangsa. Ketika menjadi felo di Universiti Cornell, beliau diterima dengan penuh hormat oleh para ilmuan Amerika Syarikat yang mempunyai kepakaran dalam kajian Melayu dan Nusantara. Dalam novelnya Bunga Dari Kuburan (1987), yang mengisahkan pengalamannya di Amerika Syarikat, Arena Wati turut menukilkan perwatakan beberapa orang profesor Barat yang dikenalinya ketika itu. Dalam novel ini, jalan pemikiran dan sikap para cendekiawan Barat tersebut, dan pemikiran para pelajar siswazah dari Asia Tenggara yang berada di Universiti Cornell ketika itu, diadun ke dalam satu naratif fiksyen pasca kolonial dan pascamoden yang cukup baik. Dalam novelnya Kuntum Tulip Biru (1987), Arena Wati membawa pembacanya ke dalam kehidupan dan pemikiran beberapa orang intelektual Eropah yang bertugas di universiti Leiden. Menerusi novel ini, naratif pasca kolonialnya cukup mendalam, dengan menyingkap kembali sejarah penjajahan Belanda terhadap Indonesia. Dalam novelnya Sakura Mengorak Kelopak (1987), Arena Wati menyingkap beberapa aspek sistem nilai masyarakat Jepun. Turut dinaratifkannya ialah perubahan yang berlaku dalam sistem nilai masyarakat tersebut yang membawa kepada terjadinya emansipasi wanita Jepun.

Tidak hairanlah kalau aku sukar hendak memahami novel-novel tersebut sewaktu membacanya dahulu. Teringin nak baca buku-buku ni semula, ada sesiapa yang pernah jumpa tak ?

http://www.penerbit.ukm.my/tamsil_keruing.html
http://lumpiabasah.multiply.com/reviews/item/2

Syndicate content